Monday 7 October 2013

Sihyun Mencuri Pakaian Kerana PMS!

Sihyun Mencuri Pakaian Kerana PMS!
Salah seorang anggota kumpulan K-Pop Gavy NJ, Sihyun telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana dipercayai mencuri pakaian berjumlah KRW 300,000 iaitu lebih kurang bersamaan dengan RM833.

Sihyun dikatakan melakukan perbuatan itu pada 10 Jun dan didapati bersalah selepas polis menjalankan siasatan ke atas penyanyi itu.
Menurut laporan portal Allkpop, Sihyun ditahan oleh salah seorang pekerja ketika dia cuba keluar daripada kedai pakaian itu tanpa membuat sebarang pembayaran.
Apa yang peliknya, Sihyun difahamkan berbuat demikian kerana sedang mengalami sindrom pra-haid atau lebih dikenali sebagai PMS selain merasa tertekan. Tak sangka ya sampai macam tu sekali PMS boleh beri kesan kepada wanita.
Namun begitu, Sihyun sendiri telah mengakui kesalahannya dan menulis sesuatu di laman Facebook yang berbunyi begini:

I am truly sorry for causing worry and bringing disappointment to many.


Menurut agen Sihyun, gara-gara kes kecurian itu, Sihyun telah memutuskan untuk membatalkan semua aktivinya buat sementara waktu dan difahamkan sedang berehat buat masa ini.
Untuk pengetahun semua, Gavy NJ ialah kumpulan trio wanita yang membawa konsep balada dalam setiap lagu yang dihasilkan. Gavy NJ terdiri daripada Sihyun, Jenny dan Gun Ji.

No comments:

Post a Comment