Wednesday, 16 October 2013

Pembantu Rumah Masukkan DARAH HAID dalam MASAKAN, Memang Betul-Betul GILA!!




Pendedahan yang boleh membuatkan kita semua rasa nak  termuntah. Seorang wanita dari Temasek, Indonesia telah mewujudkan sebuah profile laman FB yang dipanggil “Dangerous Maid” untuk  mendedahkan rahsia kepada orang ramai bahawa orang gaji bukan selalu menjadi mangsa dera, malah majikan juga kadang kala “didera” orang gaji, lapor AsiaOne.

Wanita itu yang bernama Hylda Low, yang mewujudkan laman itu pada hari Selasa berkata “Saya mahu memberikan amaran kepada orang ramai bahawa pembantu rumah ini (gambar di atas) adalah sangat berbahaya. Kita tidak boleh membiarkan orang jahat ini menggunakan ilmu hitam kepada orang lain,” jelas Low.

Penuntut berusia 20 tahun itu mendakwa pembantu rumahnya, yang berasal dari Jawa Barat, telah memasukkan darah haidnya ke dalam sup dan dihidangkan kepada keluarganya. Pembantu rumah itu juga didakwa secara rahsia meletakkan darah haidnya di dalam uncang teh.

Menurut Low, keluarganya mendapat tahu perbuatan keji dan kotor pembantu rumah itu awal Ogos lalu dan pembantu rumah tersebut sudah tiga kali melakukan perbuatan keji itu.

No comments:

Post a Comment