Handsome, kacak, kaya, bergaya, mutu, keunggulan, tegap, sihat, lawa,
comel, manis, potongan tubuh badan yang lawa tak berguna dan tak
menjanjikan masa depan yang cerah kalau kita malas dan tak berusaha,
pekak, bisu, buta, kudung kaki dan tangan, lumpuh, menghidapi penyakit
kronik bukanlah satu halangan kalau kita benar-benar nak berusaha untuk
berjaya. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau mereka taknak
berusaha mengubah nasib mereka. kan? Mereka kat bawah ni punya masalah
tersendiri yang pada orang lain mungkin tak mampu nak berjaya, tapi
mereka buktikan yang mereka boleh berjaya.
1. Patrick Henry Hughes

Pemuzik yang boleh memainkan pelbagai alat muzik ini dilahirkan buta dan lumpuh sebahagian badan pada 10 Mac 1988.
Seorang pesakit anophthalmia dua hala dandisplasia pinggul dari lahir
ini sentiasa disokong oleh bapanya yang memperkenalkan Patrick Henry
Hughes dengan piano pada usia seawal 9 bulan.
Pada 2006, Hughes telah menjadi tumpuan media apabila dia memainkan
trumpet dalam Louisville Marching Band semasa dia menjadi pelajar di
Universiti of Louisville dimana bapanya telah membantu menolaknya diatas
kerusi roda.
Apabila bakat luarbiasanya didedahkan, beliau sering dijemput untuk membuat persembahan diseluruh negara.
2. Liz Murray:

Ketepikan halangan, buang aje… terus maju ke hadapan, bila baca pasal
Liz Murray ni, saya teringat entri muhasabah diri saya dulu, Elizabeth
Murray adalah anak pasangan yang menagih dadah,dilahirkan pada 23
September 1980 disebuah apartment yang kotor. Pada umur 15 tahun, beliau
merempat apabila ibunya mati akibat AIDS dan bapanya berpindah ke
tempat perlindungan untuk yang tiada rumah. Ada kalanya Liz Murray tidur
dikerusi di taman, ada kalanya dia menghabiskan masa atau berlindung
dibawah jambatan diselubungi persekitaran yang kotor, tapi Liz tidak
pernah melepaskan peluang untuk membaca encyclopedia yang dikutip dari
tong sampah. Didorong oleh katabahan dan kerja keras, tidak pernah
mengaku kalah dan berusaha dengan cara tersendiri, Liz Murray akhirnya
disenaraikan di Universiti Havard. Kini Elizabeth Murray menjadi
penceramah terkenal yang memberikan inspirasi kepada ramai orang, dan
sebagai seorang pengarah sebuah syarikat, beliau memberi dorongan kepada
anak muda untuk membuat sesuatu yang inovatif dalam hidup mereka.
3. Jessica Cox :

Jessica Cox dikenali sebagai juruterbang pertama menerbangkan kapal
terbang dengan menggunakan KAKI SAHAJA kerana beliau dilahirkan tanpa
tangan, tetapi itu bukanlah satu halangan untuk wanita ini mencapai
matlamatnya. Seorang graduan dalam psikologi, pemegang tali pinggang
hitam taekwondo, dan seorang yang suka memandu laju. Jessica juga boleh
menaip(bukan copy paste ok…) 25 patah perkataan seminit menggunakan
kakinya… dan paling menakjubkan, dia boleh pasang contact lens di mata
menggunakan kakinya. Bekerja sebagai penceramah motivasi dan
menggalakkan morang kurang upaya mengubah mentaliti mereka.
4. Sudha Chandran:

Seorang wanita yang penuh azam, seorang penari Bharatanatyam yang
sangat dipuja di benua kecil India, dan pemegang ijazah sarjana dalam
Ekonomi. Pada 1981, kaki kanan Sudha Chandran kerana Gangren. Tapi itu
tidak membuat azamnya pudar, dia mendapatkan kaki palsu dan selepas 2
tahun, dia kembali kedalam kerjayanya dan mendapat tepukan gemuruh
seluruh dunia. Selain kemahiran tariannya itu, dia juga dikenali kerana
persembahan mengagumkan dalam filem2 dan siri televisyen india.
5. Randy Pausch:

Ia bukan tentang bagaimana untuk mencapai impian anda, ia adalah
tentang bagaimana untuk memimpin hidup anda, … Jika anda menjalani
kehidupan anda dengan cara yang betul, karma akan menjaga dirinya,
impian akan datang kepada kamu. Profesor sains komputer di
Universiti Carnegie Mellon ini disahkan menghidap kanser pankreas pada
September 2006 dan meninggal dunia pada 25 Julai 2008. Apa yang
membuatkan dia menjadi terkenal adalah kerana ceramahnya, “Really Achieving Your Childhood Dreams”
di auditorium CMU pada 18 September 2007. Persembahanya itu menari
perhatian berbilion penonton di Internet dan menjadi semakin hangat dan
menarik minat media antarabangsa. Ceramahnya itu seterusnya diadaptasi
kedalam buku, dan diterjemah dan telah diterjemah kepada 35 bahasa
berbeza.
6. Sean Swarner:

Boleh dikatakan sebagai keajaiban perubatan, Sean Swarner disahkan
mengalami 2 kanser peringkat kematian iaitu penyakit Hodgkin pada umur
13 tahun dan sarcoma Askin pada umur 15 tahun. Beliau membuktikan
kemenangan melawan penyakit itu apabila menjadi pesakit kanser pertama
yang mendaki Gunung Everest. Bagaimanapun, dia masih berkata, “Sebenarnya.. Saya pun tak tahu kenapa saya masih hidup”,
tapi Sean Swarner tidak pernah melepaskan peluang untuk memberi ceramah
dan ekspedisi yang dianjurkan untuk memberi harapan kepada pesakit
kanser.
7. Helen Keller:

Menjadi inspirasi kepada filem “The Miracle Worker”, Helen Keller
adalah orang yang bisu dan pekak pertama yang menerima Ijazah Sarjana
Muda Sastera. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Amerika yang
berwibawa, beliau secara terbuka mengkritik dasar Woodrow Wilson. Helen
Keller merupakan pengarang bagi 12 buku dan pemenang Pingat Presiden
Kebebasan, beliau seterusnya mengabdikan hidupnya untuk bekerja untuk
Yayasan Amerika untuk orang buta.
8. Nick Vujicic:

Nick mengalami penyakit yang jarang ditemui, sindrom Tetra-amelia,
yang dicirikan sebagai kitiadaan kesemua empat anggota. Nick Vujicic
dilahirkan didalam keluarga serbia pada 4 Disembar 1982 di Australia.
Semasa zaman kanak2nya… beliau berusaha mengatasi mentaliti teruk
masyarakat dan pada umur 17 tahun, Nick Vujicic menubuhkan sebuah NGO “Life Without Limbs”.
Selepas menamatkan pengajian dalam Perancangan Perakaunan dan Kewangan,
Nick Vujicic memulakan perjalanannya sebagai penceramah motivasi subjek
berkisar dengan makna kehidupan, harapan dan kurang upaya.
9. Ludwig van Beethoven:

Korang mesti pernah dengar muzik bertajuk Beethoven, nilah
pencipatnya… Ludwig van Beethoven menjadi satu komposer fenomena muzik
romantik dan klasik terkenal, dilahirkan dalam keluarga pemuzik di
Jerman. Semasa zaman remajanya, pendengarannya semakin berkurang dan
akhirnya menjadi pekak. Tapi itu tidak menghalangnya untuk terus
mengubah lagu. Beliau memperkenalkan okestra simfoni moden dan
memantapkan dirinya sebagai lagenda induk dalam arena Muzik.
10. Stephen Hawking:

Pesakit neuronmotor yang genius ini telah mengubah dunia menerusi
teori revoulisnya. Lumpuh keseluruhan, tangan, kaki dan suara, Stephen
Hawking’s berhubung dengan komputer yang beroperasi suis kelipan
inframerah, yang disambungkan dengan kerusi rodanya. Seorang ahli
kosmologi terkenal dan ahli terhormat Persatuan Diraja Sastera di kagumi
dikalangan pakar teknologi kerana karya-karya beliau berkaitan
keajaiban graviti,lubang hitam termasuk karya mendapat jualan hangat, A Brief History of Time
No comments:
Post a Comment