Sunday 13 October 2013

LELAKI MATI DIKISAR SELEPAS KAWAN TAK SENGAJA HIDUPKAN ENJIN..

Lelaki Mati Dikisar Mesin Pembancuh Simen Selepas Kawan Tak Sengaja Hidupkan Enjin
Sandakan – Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 

Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.


Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.


Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment