Sunday 27 October 2013

DAVID BECKHAM DAN ANAK KEMALANGAN

David Beckham Dan Anak Kemalangan
 BEKAS bintang bola sepak terkenal, David Beckham dilaporkan terlibat dalam kemalangan bersama anaknya, Brookly, 14, sewaktu baru keluar dari kediamannya di Beverly Hills, kelmarin.
David Beckham Dan Anak Kemalangan
Apa pun, jangan risau kerana kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan pada anak-beranak ini yang berada dalam kenderaan Range Rover Sport berwarna hitam.
Kenderaan yang dipandu oleh Beckham itu melanggar sebuah kenderaan MPV jenis Acura 4×4 putih yang dipandu oleh seorang wanita.
Akibatnya, kenderaan wanita itu mengalami kemek pada bahagian hadapan sementara ‘bumper’ hadapan Range Rover milik Beckham dilihat tercabut.
David Beckham Dan Anak Kemalangan
Bagaimanapun, kami yakin kemalangan kecil sebegini tidak akan ‘meluakkan’ duitnya dan mungkin pemandu wanita itu akan beranggapan, inilah kemalangan paling ‘manis’ bagi dirinya.
Yalah, bukan senang nak jumpa selebriti popular macam Beckham kan? 

No comments:

Post a Comment