Wednesday, 16 October 2013

Artis Korea yang Cantik Semulajadi

Ramai artis Korea yang mengjalani pembedahan plastik untuk tampil cantik. Sebenarnya bukan artis Korea sahaja yang buat pembedahan plastik ni tapi masyarakat Korea yang tidak bersangkutan dengan Tv turut melakukan pembedahan plastik. Pensyarah aku pernah cerita yang ada seorang pelajar Korea ni dia cakap pembedahan plastik macam dah wajib ke atas mereka yang dilahirkan tak cantik. Bila masuk interview pasti para penemuduga tu akan pandang wajah mereka dulu. Disebabkan itulah mereka terpaksa buat pembedahan plastik.
Hari ini aku nak tulis pasal artis Korea yang cantik semulajadi. Pasti lelaki gembira kalau dapat buah hati cantik macam mereka.. hehehe


1) Song Hye Gyo
  

Sama tak muka Song ni dari kecik sampai besar?
2) Han Ga In
  
Drama yang paling best Han Ga In berlakon ialah The Moon That Embraces the Sun. Perghhh memang meleleh air mata hari-hari,, hehehe
3) Jang Nara
 
Dah umur tiga puluh pun masih comel macam ni. Drama lakonannya yang pernah aku tengok ialah Baby Face. Jang Nara ni turut terkenal di China.
4) Yoona SNSD
 
Wajah dia sama je dari kecil sampai besar. Suara dia pun sedap je., Baru-baru ini Yoona dipilih sebagai Ratu Cantik Semulajadi.
5) Song Ji Hyo
 
Gambar Song Ji Hyo ketika di sekolah menengah pernah disiarkan dalam Running Man.
6) Moon Geun Young
 
Kim Jong Kuk sangat meminati artis ini. Ketika di usia muda dia telah membintangi filem Little Bride.
7) Shin Min Ah
 
Si Gumiho ini sangat-sangat cantik. Lesung pipitnya sangatlah dalam.. hahaha..

>> Tapi yang lebih cantik ialah wanita solehah. <3 <3 <3

No comments:

Post a Comment