Menurut Pekin, semuanya berpunca apabila dia mendapat bukti tentang Uqasha yang telah bermain kayu tiga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sehingga dia mengambil keputusan untuk berpisah pada minggu lalu.
Saya ingin berterus terang bahawa saya dah Uqasha tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan, atau dengan erti kata lain kami sudah putus. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.
Kalau ikut perancangan kami, berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti.Kata Pekin lagi, pada mulanya memang ada sedikit perselisihan faham kecil yang berlaku antara kami berdua dan bagi Pekin ia merupakan suatu perkara yang normal dalam sesebuah hubungan itu.
Namun begitu katanya, beliau tidak menyangka Uqasha tiba-tiba mengambil keputusan menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan sudah tentu ia suatu perkara yang sukar untuk diterima bagi diirnya.
Selain itu menurutnya, beliau mempunyai bukti yang bekas tunangnya itu menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz .
Ya, saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut.
Lagipun, ia bukan kali pertama dia berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkan dirinya tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja.
Pekin juga sudah bertekad untuk tidak lagi menerima diri Uqasha setelah apa yang berlaku sekarang ini dan beranggapan tiada jodoh antara mereka berdua. Pekin turut berpesan kepada Sharnaaz supaya menjaga Uqasha sebaik-baiknya andainya mereka memang benar-benar bercinta.
Secara jujurnya saya memang berasa sangat kecewa kerana sepanjang menjalinkan hubungan dengannya, saya tidak pernah bersikap curang.
Sepanjang kami bersama, saya berusaha untuk menjadi lelaki yang terbaik kerana saya serius mahu mengambilnya menjadi isteri saya.
No comments:
Post a Comment