Monday 21 October 2013

AL-FATIHAH -Pelakon Popular Era 80 an Noreen Noor Meninggal Dunia



PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi Selasa di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Menurut penyanyi Norshila Amin, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

"Pada mulanya saya tidak percaya arwah telah tiada tetapi berita tersebut telah disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu Shiba," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Jenazah akan dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Merlimau, Melaka selepas solat Zohor.

Menurut Norshila, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada malam Isnin dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi ini.

"Hanya rakan-rakan rapat sahaja mengetahui keadaannya dan berita kehilangannya sangat mengejutkan kerana Allahyarham seorang yang ceria," ujarnya.

Noreen pernah popular menerusi lagu Siang Terbayang Malam Merindu.

Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak

No comments:

Post a Comment