Friday 25 October 2013

“Saya sedih!" FBI ambil keputusan tinggalkan Hot FM



Kuala Lumpur: “Saya sedih! Tiada lagi yang nak kutuk saya ‘drumstick’, tiada lagi yang nak cakap suara saya macam jantan, tiada lagi yang nak mengaku saya isteri tiri dia.
“Memang menyedihkan, tetapi saya harap dia tidak lupa untuk panggil saya dengan nama begitu dalam mana-mana acara pada masa akan datang. Sebab saya tahu yang dia tidak akan lupakan ‘kami’ terutama saya yang menjadi rakan siaran sejak hari pertama pada Februari 2006,” kata Fara Fauzana.

Fara berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengunduran rakan setugasnya di Hot FM, Mohd Faizal Ismail (FBI) sebagaimana yang ditulis di dalam akaun Twitternya semalam.
Malah, seorang lagi teman yang bersama dalam segmen AM Krew radio itu, Muhammad Azmil Selamat (AG) turut menyatakan sedihnya dengan berita itu.

“Bagaimana tiada apa yang kekal dalam kehidupan kita, segala perjalanan Allah sudah tetapkan. Ini permulaan fasa yang baru buat FBI yang sudah Allah tetapkan. Kita doakan yang terbaik seterusnya buat dia dan keluarganya,” katanya yang mula bersiaran dengan FBI dan Fara pada 2011.

Semalam, pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad mengumumkan bahawa FBI akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November depan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat selepas FBI dikatakan berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan yang baru saja bermula

No comments:

Post a Comment