| “Kalau betul (hendak meminang), kenalah jumpa mak ayah saya dulu. Terpulang pada keputusan keluarga nanti,” kata penyanyi Nas Adila berkaitan spekulasi terbaru dia bakal dilamar penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah.
Menurut Nas Adila Mohd Dan, 27, desas-desus itu sangat mengejutkan kerana mereka tidak pernah menjalin hubungan istimewa selama ini.
“Saya terkejut apabila bangun pagi tadi ramai ucap tahniah sedangkan saya tak tahu-menahu langsung mengenai perkara ini.
“Hal ini masih jadi tanda tanya. Saya memang tak jangkakan benda ini sebab kami tak ada hubungan istimewa atau bercinta pun.
“Cuma saya selalu menjadi teman duet beliau dalam kebanyakan pertunjukan pentas. Itu saja dan tak lebih daripada itu,” katanya.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan Jamal Abdillah, 54, berhasrat memperisterikan Nas yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh kerana terpesona dengan kelembutannya.
Menurut sumber, butiran terperinci majlis merisik terbabit tidak diketahui kerana ia akan diadakan secara tertutup untuk keluarga terdekat.
Nas berkata, dia juga enggan mengulas lanjut kerana masih tidak pasti mengenai kesahihan desas-desus yang timbul.
“Saya perempuan tak manislah nak cakap banyak. Lagi pun dia (Jamal) nasihatkan saya lebih baik berdiam diri dulu buat masa ini.
“Soal merisik atau meminang saya tak tahu. Mungkin itu hanya usikan orang saja sebab saya sendiri tak pasti sejauh mana kebenarannya,” katanya.
Menjawab tuduhan dia memutuskan hubungan dengan Aliff (AF6) kerana Jamal, Nas berkata, soal jodoh adalah rahsia Allah dan dia hanya mengharapkan yang terbaik.
“Hanya kebetulan saya rapat dengan Aliff orang salah sangka padahal kami cuma kawan biasa. Sekarang timbul pula cerita Jamal hendak pinang saya.
“Orang luar boleh cakap apa saja sebab mereka tak tahu cerita sebenar. Mungkin Aliff, mungkin juga Jamal atau mungkin juga bukan mereka berdua. Soal jodoh saya serahkan pada Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Jamal menerusi pembantu peribadinya meminta sedikit masa untuk menjelaskan mengenai khabar angin mengenai majlis merisik yang akan diadakan itu.

No comments:
Post a Comment