Farahdhiya Mohd Amin, gadis kacukan Melayu -Inggeris yang sering menggoda ini gemar membabitkan diri dalam aktiviti lasak. Antaranya ialah memandu kereta atau go-kart dengan laju. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Ibu berasal dari Portsmouth, England manakala ayahnya berasal dari Johor. Farahdhiya mendapat pelajaran awal di Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor. Mula menjinakkan diri di dalam dunia nyanyian sejak berusia belasan tahun lagi dan pernah terbabit dalam beberapa drama tempatan serta pengacaraan di RTM.
PROFIL: Farahdhiya Mohd Amin Tarikh Lahir: 28 April 1984 Tempat Lahir: Sarzana, Itali Kediaman: Kuala Lumpur Keturunan: Melayu-Inggeris Adik Beradik: Bongsu daripada dua beradik Kerjaya: Penyanyi Album: Bertakhta Di Hati Idola Tempatan: Nicol Ann David (Skuasy) Idola Luar Negara: Marion Jones (Olahraga)
No comments:
Post a Comment