Friday 15 November 2013

8 Gambar Perkahwinan Riz Amin Dan Sharifah Fazlina

8 Gambar Perkahwinan Riz Amin Dan Sharifah Fazlina | Pelakon tinggi lampai, Riz Amin, 28, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Sharifah Fazlina Syed Fuad tepat jam 9.30 pagi tadi bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dengan hanya sekali lafaz.

Gambar Perkahwinan Riz Amin Dan Sharifah Fazlina

"Alhamdulillah, walaupun pada mulanya saya sangat gementar tapi Allah mempermudahkan semuanya. Ini juga menjadi satu lagi fasa baru dalam hidup[ saya sebagai seorang suami dan ketua rumah tangga. Rasa gembira dan seronok," katanya ketika dihubungi wartawan.

Gambar Perkahwinan Riz Amin Dan Sharifah Fazlina

Di majlis tersebut, Riz telah menyerahkan jongkong emas bernilai RM5,000 sebagai mas kahwin, wang hantaran RM10,000 berserta tujuh dulang hantaran lain. Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran.


Riz Amin telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Syed Fuad Mohd Bakhir.


Majlis Resepsi kedua mempelai akan diadakan esok malam bertempat di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Gambar Perkahwinan Riz Amin Dan Sharifah Fazlina

No comments:

Post a Comment