Hanez Suraya Saman Bekas Pembantu Peribadi Mohd Firdaus DashaSultan
Pelakon ‘Love You Mr. Arrogant’, Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim selepas mendakwa telah difitnah dan diaibkan oleh individu itu. “Saya memfailkan saman kepada Mohd Fairus kerana dia telah memfitnah dan mengaibkan saya. Salah satu cara yang dilakukan oleh Mohd Fairus adalah memfitnah saya menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan’.
“Selain itu, dia juga ada memburukkan saya kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Saya ada kesemua bukti yang menyatakan dia memfitnah saya,” ujar Hanez yang memfailkan saman di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam. Menurut Hanez, walaupun Mohd Fairus telah membuat permohonan maaf di akaun Instagram dan Twitter miliknya, namun dia masih berterusan memfitnah sehingga tindakan undang-undang terpaksa diambil.

Saya juga telah berusaha untuk menghantarkan surat ‘Letter of Demand’, tetapi pihak Mohd Fairus tetap kembali mengaibkan saya. Hari ini Mohd Fairus atau wakilnya tidak menghadirkan diri ke Mahkamah. Mungkin isu ini dianggap ringan oleh pihak Mohd Fairus, tapi sebenarnya perkara ini adalah sangat berat,” tambah Hanez yang dipetik dari portal GUA.
No comments:
Post a Comment