Wednesday, 20 November 2013

JUSTIN BIEBER PEMALAS, DIDUKUNG NAIK TEMBOK BESAR CINA

justin bieber pemalas didukung naik tembok besar cina
KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER 2013: Apabila menatap foto yang tersiar di dalam Instagram ini, pelbagai persoalan mungkin timbul di kepala bukan? Foto yang menampakkan penyanyi pop sensasi juga idola remaja popular dunia, Justin Bieber telah di angkat diatas bahu dua jejaka ketika melawat ke Tembok Besar Cina, awal minggu ini.
Ramai yang bertanya adakah idola remaja yang gemar menayang badannya itu tidak sihat atau sakit kaki? Ataupun dia memerlukan orang mengangkatnya kerana mahu view yang lebih jelas disebalik tembok bersejarah itu? Tidak kurang juga yang menyelar tindakannya itu yang dikatakan mengada-ngada dan kebudak-budakkan.
Penyanyi daripada Kanada itu telah mengambil kesempatan untuk mengunjungi salah satu daripada Wonders of The World itu ketika berehat daripada siri jelajah dunia Believe yang kini dalam rangka lawatan di sekitar Asia.
Sepanjang Justin berada di lokasi bersejarah itu dia dipangku diatas bahu para pengawal peribadinya. Dikelilingi oleh 10 orang pengawal peribadi, Justin telah memainkan peranan sebagai pelancong dengan mengambil fotonya disekitar tembok Besar China serta tidak lupa foto selfies dan video.
Difahamkan siri jelajah dunia Believe di Asian itu akan berakhir sekitar pertengahan Oktober dan meneruskannya ke Amerika Latin diikuti Australia dan dijangka berakhir sebelum hujung tahun ini.
Walaupun sangat sibuk dan terikat dengan pelbagai komitmen lain, Justin Bieber dilihat masih berpeluang untuk memanfaatkan waktu kerjanya untuk bercuti, walaupun dengan pertolongan pengawal hanya kerana malas berjalan

No comments:

Post a Comment