Tuesday 19 November 2013

Foto : Faizal Ismail Anjur Majlis Akikah Khayla

Foto : Faizal Ismail Anjur Majlis Akikah Khayla

Hujung minggu lalu, telah berlangsungnya majlis akikah buat puteri bongsu bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan isteri tercinta, Norazlina Ahmad
Majlis yang bertemakan rona merah jambu dan biru turquoise itu telah mendapat sentuhan kreatif daripada perunding majlis, Double K Creation atau lebih dikenali sebagai Buaian Berendoi Double K.
Foto : Faizal Ismail Anjur Majlis Akikah Khayla
Faizal bersama isteri & puteri bongsu mereka, Khayla
Meneliti setiap foto-foto yang dirakamkan oleh lensa kamera Chozen Photowork, puteri bongsu Faizal, Khayla Nur Iman kelihatan sangat comel apabila diletakkan di dalam buaian yang dihias indah ala mini pelamin berbentuk kereta kuda.
Melihat hasil kerja yang sungguh mengagumkan itu, Faizal turut melahirkan rasa gembira dan menyifatkan majlis tersebut setaraf dengan majlis persandingan.
Amboi, kalau majlis akikah dah meriah macam ini, agak-agaknya macam mana pula majlis perkahwinan puteri sulungnya, Nur Khairina Iman nanti ya?
Apa pun, untuk semua peminat Faizal Ismail, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik sekitar majlis akikah dan kesyukuran Khayla untuk tatapan anda semua.
Untuk makluman, sepanjang melayari alam rumahtangga, Faizal dan Norazlina telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Khairina Iman, 12, Adam Haikal Iman (meninggal dunia), Mohd Khalish Iman, 2 dan Nur Khairina Iman.

No comments:

Post a Comment