KUALA LUMPUR, 12 NOV 2013: Pelakon, Izzue Islam berharap majlis berkhatan yang diadakan mengikut tradisional orang melayu semalam tidak akan menjadi isu yang besar kerana ia hanya sebuah gimik majlis berkhatan demi mempromosikan filem terbarunya, Hantu Tok Mudim.
Lagipun, Izzue Islam berkata pada majlis tersebut dia bukanlah berkhatan sebenar, namun ianya cuma gimik dan sebahagian sedutan yang akan dimainkan dalam filem bergenre seram komedi terbitan Showbiz Productions itu.
“Saya harap tiada isu dan orang tidak salah anggap yang sebenarnya saya bukanlah berkhatan betul-betul tetapi ia cuma gimik sahaja untuk filem terbaru saya, Hantu Tok Mudim.
“Tak mungkin saya nak berkhatan kali kedua. Saya sudah sah berkhatan sejak kecil lagi. Saya rasa orang akan faham,” katanya kepada yang ditemui selepas Majlis Berkhatan Izzue Islam yang diadakan di Pertubuhan Pendidikan Anak Yatim, Rumah Bakti, Hulu Kelang, semalam.
Dalam majlis tersebut Izzue dijunjung oleh seorang lelaki serta dibawa ke tengah padang bersama 6 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan tersebut sebelum ke upacara menyiram dengan air bunga.
Selesai sudah upacara menyiram air bunga, Izzue dan kanak-kanak itu ke dewan untuk demontrasi upacara berkhatan. Demonstrasi upacara berkhatan itu turut dilakukan oleh pelakon Harun Salim Bachik yang membawa watak sebagai Tok Mudim dan pembantunya, Soffi Jikan.
Izzue Islam memberitahu, dia seronok apabila dapat merasai pengalaman majlis berkhatan secara tradisional sebegitu kerana ketika dia berkhatan dahulu hanya dilakukan di klinik swasta.
“Masa saya berkhatan dulu bukan macam ini tapi bila dapat rasa pengalaman berkhatan begini rasa seronok pula.
“Terus-terang saya rasa tradisi berkhatan begini perlu diadakan diwujudkan kembali supaya generasi akan datang tidak tenggelam dengan arus kemodenan zaman,” jelasnya.
Enam anak dari rumah kebajikan itu bagaimana pun akan mengadakan acara berkhatan sebenar pada penghujung bulan ini ketika mereka sedang cuti sekolah pertengahan. Selain Izzue, Harun dan Soffi, Hantu Tok Mudim yang akan berada di pawagam pada 21 November ini turut dibintangi oleh Adrea Abdullah dan ramai lagi.
info-murai.com
No comments:
Post a Comment