Pelik ! Kanak- kanak Ini Tidak Mempunyai Wajah
Luka
akibat dari kebakaran membuat wajah kanak-kanak berasal dari China
nampak mengerikan .
Ia digelar kanak-kanak ' tanpa wajah ' kerana nyaris
mukanya rata seperti memakai topeng . Nahasnya lagi , ibubapanya tidak
punya kos untuk melakukan pembedahan plastik.
Bila
melihat wajah Wang Xiaopeng ( 6 tahun) , anda mungkin akan mengira ia
menggunakan topeng . Luka kebakaran yang mengerikan membuat kanak-kanak
ini tidak mempunyai rambut , bibir , kelopak mata , jari tangan dan
kaki, akibat kemalangan pada Novemver 2010 .
Cedera parah itu
membuat sukar bagi Xiaopeng untuk melakukan aktiviti, kerana semua jari-
jarinya pun harus dipotong. Tubuh Xiaopeng habis terbakar setelah ia
dengan sengaja membakar beberapa batang jagung dekat rumahnya di
Yinchuan , Wilayah Ningxia , China .
Ibu bapa bergegas membawa
Xiaopeng ke Ningxia Medical University General Hospital untuk
menyelamatkan nyawanya. Namun , bekas luka kebakaran yang hebat membuat
wajahnya sangat rosak dan ibu bapa hanya mampu membayar selama tiga
bulan untuk rawatan putera kesayangannya tersebut . Untuk membayar semua
itu, mereka harus menghabiskan wang simpanan dan menjual rumah serta
tanah untuk membiayai kos rawatan yang mencecah 150,000 yuan .
Ayahnya
Wang Yougiu (32 tahun) hanya memperoleh pendapatan 2,000 yuan setiap
bulan sebagai petani , sementara ibunya Zhengwei Xiu (30 tahun) adalah
ibu rumah tangga.
" Kami tahu anak yang lebih muda akan
mendapatkan hasil cantuman kulit dan pembedahan kosmetik yang lebih
baik. Tapi kami tidak ada wang," jelas ayahnya, Yougiu , seperti
disiarkan Dailymail .
Xiaopeng
kini hanya tinggal di rumah keranarakan-rakan sekolahnya takut melihat
penampilan Xiaopeng . Tentu saja hal ini membuat hati ibubapanya remuk .
"
Melihat anak saya seperti ini sangat menyakitkan. Ditambah lagi
Xiaopeng akan semakin menderita di musim panas, ketika panas dan nyamuk
membuat kulitnya yang sensitif semakin terasa sakit, " lanjut ayahnya.
Keluarga
meminta para dermawan tempatan untuk membantu mereka kerana diperlukan
300,000 yuan untuk membayar tiga pembedahan yang membantu Xiaopeng
bernafas dan memperbaiki penampilannya.
No comments:
Post a Comment