di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan
memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu.
Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi
membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.
Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi
kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital
Muadzam Shah.
Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh
objek tumpul.
Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian
otak.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan
tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.
Katanya siasatan awal mendapati mangsa menyebabkan kemarahan beberapa pelatih
PLKN lain apabila memotong barisan pada Ahad.
Ini menyebabkan pergaduhan pertama antara mangsa dan tiga yang lain beberapa
jam kemudian.
Mohd Haris berkata, pergaduhan kedua berlaku pada 11.30 malam dan 30 minit
selepas itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi.
Terdapat 22 kematian semenjak PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 termasuk
mati lemas, jangkitan kuman dan masalah kesihatan lain.
Ini merupakan kes pertama mangsa dibunuh di kem latihan PLKN. Pada 2004,
gadis berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatih PLKN yang kemudiannya dipenjarakan
selama 12 tahun. – 24 September, 2013.
No comments:
Post a Comment