Wednesday 25 September 2013

APA KES FIDA IBRAHIM LARI DARI LOKASI KAMPUNGKU DAN AIDILADHA



 Apa Kes Fida Ibrahim Lari Dari Lokasi Kampungku dan Aidiladha



Penerbit telefilem Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar kesal dengan sikap pelakon Fida Ibrahim yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran drama tersebut di Baling, Kedah pada Ahad lalu.
Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya.

“Dia meninggalkan set pada hari terakhir penggambaran drama berkenaan kerana mendakwa terguris hati dengan skrip lakonan Syed Nahar Syed Mokhtar yang didakwa menyindirnya. “Saya tidak faham dengan sikap dia kenapa perlu terasa dengan skrip berkenaan kerana ia hanya lakonan. Perbuatannya telah menyusahkan semua krew produksi,” jelasnya ketika dihubungi pada Rabu. Telefilem Kampungku dan Aidiladha itu diarahkan oleh Shuaimi Lua Abdullah dan diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran bersempena Hari Raya Aidiladha di TV3.
Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz. Jelas Hazmimi, Fida sepatutnya tidak merungut apabila penggambaran hampir selesai sedangkan skrip berkenaan sudah diberi lebih awal untuk dibaca dan dibuat kajian. Malah katanya, bukan sahaja skrip tetapi pelakon tersebut turut mempersoalkan lokasi penggambaran selain mendakwa diberi tempat penginapan yang tidak selesa. Dia juga seharusnya sedar, lokasi penggambaran itu diadakan di kawasan pinggir bandar yang tidak mungkin mempunyai hotel bertaraf lima bintang.
Dalam perkembangan sama, Hazmimi turut berasa pelik apabila Fida merungut tidak boleh bekerja dengan Shuhaimi Lua yang disifatkan sebagai pengarah baharu serta kurang berpengalaman. Dalam pada itu Shuhaimi Lua berkata dia tidak berasa hati apabila wanita itu mempersoalkan kredibiliti dan kemampuannya sebagai pengarah. Namun Shuhaimi berpendapat Fida antara artis yang tidak mengikuti perkembangan dunia seni tanah air apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.

No comments:

Post a Comment