Jom kita kitar semula. Ianya satu aktiviti yang sungguh menyeronokkan
dan memberikan hasil yang unik, cantik dan menarik tanpa memerlukan
modal yang besar selain daripada fungsi utama iaitu menjaga dan
mengekalkan alam sekitar. Anda tidak kreatif dan tidak ada idea? Jangan risau, apa yang anda perlu hanyalah kemahuan kerana disini, saya tunjukkan jalannya...
Krastangan kreativiti kitar semula kali ini memfokuskan kepada
botol plastik dan tin kerana bahan-bahan ini banyak sekali di gunakan
dan sering kali di buang begitu sahaja.
Gabungan botol plastik dan cakera padat (cd) menghasilkan pasu bunga mini yang sangat cantik dan menarik sekali. Sesuai sekali di jadikan hiasan di meja anda.
Botol-botol plastik yang banyak ini boleh di jadikan tempat untuk
majalah dan surat khabar di sudut ruang menunggu di pejabat anda. Ianya
bukan sahaja menarik malah meningkatkan imej syarikat yang prihatin dalam penjagaan alam sekitar dengan kitar semula.
Pasu bunga dari tin yang tidak di gunakan ini di gantung pula secara bertingkat dan warnakan pula ia dengan warna-warna yang ceria, pasti ia menjadi satu hiasan yang memikat sesiapa sahaja yang memandang.
Idea yang kreatif. Bekas botol plastik yang berubah menjadi penyodok sampah mini. Jimat RM anda....
Ini pula hasil seni menggunakan bahan terbuang. Walaupun ianya tidak lah
mengenai kitar semula tapi ianya memberikan kita idea bahawa setiap
bahan terbuang itu juga dapat menghasilkan sesuatu karya seni yang menarik asalkan anda nampak keunikan bahan tersebut.
Penyepit baju sering kali rosak atau patah. Kumpulkan ia kerana ianya boleh di jadikan pasu bunga yang sungguh cantik dan comel untuk pokok bunga anda.
Andai anda tinggal di rumah teres, apartment, flat dan tidak terkecuali
pejabat...pasti ruang atau tempat untuk anda bercucuk tanam dengan pokok
sayuran mahupun bunga hiasan
begitu terhad atau pun tiada langsung. Jangan gusar...Gunakan idea ini
yang menggunakan pasu botol plastik dan gantungkan ia di
dinding...Sungguh menarik bukan!
Tin merupakan satu bahan yang tidak terbakar dan tahan panas. Gunakan kelebihan ini
untuk anda membuat tempat BBQ mini yang sesuai untuk kegunaan sendiri
dan kekasih hati ketika di rumah mahupun perkelahan. Kalau untuk ramai,
tak sesuai...kecuali anda dapatkan tin yang cukup besar!
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu
dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari
sumber alam semulajadi
yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia di
tempat kitar semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...
No comments:
Post a Comment