Berita itu telah tersebar di laman blog luar negara dan Facebook sekaligus menimbulkan rasa tak percaya dan terkejut di kalangan peminat-peminatnya.
Bagaimanapun, isteri Aaron sendiri, Diyana Halik telah menafikan berita itu dan memberi amaran kepada individu yang bertanggungjawab ke atas berita palsu ini.
Penafian Diyana dikukuhkan lagi dengan gambar-gambar terbaru Aaron yang sedang dalam perjalanan ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Malaysia 2 dan bukannya ke Switzerland seperti dilaporkan.
Tidak pasti apakah motif berita palsu ini dikeluarkan, tetapi harapnya peminat Aaron kini boleh bertenang dan menarik nafas panjang selepas mengetahui hal sebenar.
No comments:
Post a Comment